Para pengemar Manisan sepastinya rugi jika belum pernah merasa keenakan Turkish Delight dari Negara Turki. Tak kenal maka tak cinta, apa sebenarnya manisan yang dipanggil Turkish Delight atau Lokum ini.

Sedikit pengisian dan sejarah dari mana pengenalan Turkish Delight ini sehingga terkenal seantero dunia.

Lokum dikenali sebagai Turkish Delight , tergolong dalam keluarga manisan kerana secara amnya diperbuat kanji jagung; kanji dan gula; disaluti dengan kekacang seperti pistachio, hazelnut & badam.

Turkish Delight datang dengan pelbagai perisa dari buah – buahan & tumbuhan. Buah-buahan ; seperti delima , oren , lemon, kiwi, strawberi dan lain- lain.
Tumbuhan ; seperti vanila, bunga ros , mint dan lain -lain.

Asal Usul Nama Turkish Delight ; Lokum.

Sebutan dalam bahasa Turki dipanggil lokma dan lokum merupakan dari Bahasa Arab berbunyi luqma(t) dan sebutan secara banyak dipanggil luqūm bermakna “gigitan” dan “penyedap mulut”. Sebutan lain dalam Turki Uthmaniyah, rahat-ul hulküm dalam rangkapan bahasa Arab bermakna “comfort of the throat” iaitu penyedap tekak dalam sebutan rakyat Malaysia. Tetapi sehingga sekarang dipanggil dalam sebutan “Lokum”.

Manisan Turkish Delight; Lokum terkenal di benua Anatolia sejak abad ke-15 dan menjadi popular pada abad ke -17 ketika pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Kemudian Manisan Turkish Delight; Lokum mula dikenali di Eropah pada abad ke-18 di bawah nama ‘Turkish Delight’ melalui pengembara Inggeris.

Manisan Turkish Delight; Lokum semakin menjadi permintaan menyebabkan perkembangan ekonomi secara khususnya di bumi Turki dan rakyatnya. Turkish Delight sangat terkenal di Eropah terutamanya di England.

Dapatkan Turkish Delight dipasaran Malaysia secara pembelian online di Justlokum.com.
Pelbagai Aneka Pilihan Turkish Delight untuk peminat manisan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.