Dah 4 bulan rupanya.

Pejam celik pejam celik, sudah 4 bulan rupanya Anatolia Just ‘Lokum beroperasi. Dalam tak sedar, stok Turkish Delight yang dibawa masuk ke Malaysia awal tahun haritu sudah hampir kehabisan stok. Sekarang, kami dalam proses membawa masuk stok baru yang dianggarkan 2.5 tan beratnya.

Waktu mula-mula dulu, rasa tak yakin nak mulakan bisnes manisan Turki ni. Ada ke yang nak membeli, kenal ke orang dengan turkish delight ni, kene ke dengan citarasa tekak Malaysia? Kami cuba membeli turkish delight dari penjual sedia ada di Malaysia. Dari situ, kami menambahbaik dari segi pembungkusan, strategi pemasaran, dan kualiti-kualiti lain yang dapat menaikkan kebolehpasaran produk kami. Kami juga mengambil kira setiap komen dan maklum balas dari pembeli yang telah mencuba turkish delight kami. Alhamdulillah, rata-rata menunjukkan respon yang baik.

Dengan menggunakan website justlokum.com sebagai platform pembelian yang utama, jualan sangat2 memberangsangkan. Kami memanfaatkan sepenuhnya perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan orang ramai supaya kekal berada di rumah jika tiada urusan penting. Pelanggan boleh membeli dari atas talian tanpa perlu keluar rumah dan yang lebih menariknya penghantaran boleh dilakukan ke seluruh Malaysia. Kami juga sudah mempunyai beberapa orang dropship yang mempromosikan produk Anatolia dengan hanya menggunakan affiliate link. Komisen akan diberi setiap kali pelanggan membeli menggunakan link tersebut.

Perjalanan kami masih jauh dan kami akan terus mengembangkan dan menaiktaraf produk kami agar lebih dikenali di seluruh Malaysia. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.