Terma dan Syarat Peraduan

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh GT Marketing Agency (003043028-K) atas nama Anatolia Just Lokum (“Penganjur”).
  2. Cabutan Bertuah (“Peraduan”) ini terbuka kepada semua pelanggan Anatolia Just Lokum.

Tempoh Peraduan

  1. Setiap pelanggan yang melakukan pembelian di laman sesawang justlokum.com mulai 1/6/2021 hingga 31/12/2021 (“Tempoh Penyertaan”) adalah layak untuk menyertai Peraduan ini. Peraduan akan ditutup pada 11.59 malam, 31/12/2021 (“Tarikh Tutup”). Semua penyertaan yang dibuat selepas Tarikh Tutup tidak akan diambil kira.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

Kriteria Kelayakan

  1. Pelanggan yang melakukan pembelian melalui platform justlokum.com dalam Tempoh Peraduan layak untuk menyertai peraduan ini.
  2. Selepas Tempoh Peraduan, Penganjur akan memilih secara rawak salah seorang pemenang cabutan bertuah daripada senarai pelanggan yang telah melakukan pembelian.
  3. Pemenang akan diumumkan melalui Live di Facebook Page Anatolia Just Lokum pada Januari 2022.
  4. Penganjur berhak membatalkan/menarik balik apa-apa hadiah yang dimenangi oleh mana-mana individu yang didapati telah melanggar terma dan syarat peraduan.

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain atau baucer sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
  2. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  3. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
  4. Penganjur tidak bertanggunhgjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat, atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripa penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/ atau penggunaan hadiah. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada peserta dan peserta adalah terikat kepada perubahan tersebut.

Perlindungan Data

  1. Dengan menyertai Peraduan ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Penganjur bersetuju untuk hanya menggunakannya bagi tujuan Promosi dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta mengenai perlindungan data, dan penerangan kepada peserta bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur.
  2. Penganjur mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi Peserta, dimana pihak ketiga tersebut dengan kontrak wajib haruslah tidak menggunakan data peribadi Peserta di dalam sebarang cara selain daripada apa yang dinyatakan di sini.

Tanggungjawab dan Liabiliti

    1. Pemenang mesti mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini.
    2. Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada bahan promosi Peraduan adalah untuk pengiklanan sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
    3. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan hadiah. Pemenang dan/atau warisnya juga bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur terhadap sebarang liabiliti.
    4. Hak Peserta termasuk:

a) hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi penganjur di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan data peribadi tersebut;

b) hak untuk mendapatkan salinan data peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan

c) hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat

  1. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan data peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk memindahkan beberapa maklumat peribadi (nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan) kepada pembekal perkhidmatan bagi tujuan pentadbiran Peraduan dan tujuan menghubungi pemenang. Pembekal perkhidmatan termasuk penganjur penjual atau menguruskan Peraduan.

[End]